btw . jumpe next entri... see you :')
Jumaat, 21 Ogos 2015
GADGET LIFESTYLE FOR THIS YEAR
Selasa, 18 Ogos 2015
TIPS KECANTIKAN: KENALI JENIS KULIT WAJAH
KENALI JENIS KULIT WAJAH ANDA SEBELUM MENGGUNAKAN SEBARANG PRODUK
Bagi wanita terutamanya, Kecantikan wajah adalah satu item yang sangat dtitikberat. Hal ini disebabkan 'First Impression'. Jadi di sini saya nak kongsikan tips sebelum anda memilih sesuatu produk kecantikan. Perlu anda ketahui kulit wajah anda tu jenis ape. Ianya terdiri dari Kulit Normal, Berminyak, Kering dan Kombinasi. Penting kita tahu agar produk kita pakai tuh sesuai ke tak dengan kulit kita.. Barulah kesan tu memuaskan.. :)
Jom kita semak balik kulit muka kita.
Kulit normal
Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
- Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.
Kulit kering
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.
Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
- Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
Kulit berminyak
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.
Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
- Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.
Kulit kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
- Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
- Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.
JOM CANTIK BERSAMA PRODUK N3 BEAUTY CARE
NAK CANTIK ? HUBUNGI SAYA: CIK MARIA 011-29852676
Khamis, 6 Ogos 2015
SWEET MEMORIES (MALACCA)
TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG SAYA :)
Tetiba rasa riang hati nak update blog yang dah mereput ni.Memandangkan hari-hari biasa tiada kejadian luar biasa maka jarang sangatlah Maria update blog..
So, hari ni nak tanam sikit sweet memories la jugak kann... For the second time Maria travel p Melaka... Perjalanan bermula pagi 2nd hingga 6th August 2015.. Seminggu hokey tak perlu punch card masuk kerja balik kerja..Oouhh Heavennyaahh. Seminggu jugak la aktif menternak lemak di Melaka.....Makanan Hotel five Star ..Jom Terjah Hotel Equatorial... gila tak sedap... pelizz...
Okey....Sebelum ni pun p Melaka atas urusan kerja. Seminggu di Melaka untuk Sukan Kementerian Kesihatan (wakil Team Bowling Perempuan Perlis Hokey. Kau Hado?)hehehe...Ceiihh perasan sikit... Kali ni lain plak.. Dari sekeras tangan campak bola bowling kali ni Maria p untuk urusan tari menari plak.. Haa jenuh tangan dan jari jemari nak kena melentik hokey....Walaupun darah seni tu xberape jalan dalan saraf tubuh ni, tapi minat menari tu sangatlah mendalam sebenarnya.. So kali ni p Maria ditugaskan sebagai Ahli Jawatankuasa Sambutan dan juga AJK Persembahan yang bapak mak kau grand giteewww haa.. Secara rasminya The 28th Malaysia- Thailand Border Health Goodwill Committee Meeting (3rd - 6th August 2015 bertempat di Equatorial Hotel, Malacca, Malaysia)..
So banyaklah gambar-gambar yang sempat disnap... Kenangan tua nanti senang nak cerita kat anak cucu...
"Opah ko ni taik lalat kat ibu jari kaki haa... Memang kejo bejalan ajo..."
Ecece sesi berdialog dengan anak cucu nanti mungkin akan dikeluarkan statement budak mentah tu. hihi...
Done Check In. Siap ada nama kat tv (perasaan jakun) |
Training tarian sebelum show.. Saje training kat pool senang nk usha mat salleh. kiki |
Aktiviti 10ribu Langkah kawasan Hotel |
Dari satu sudut Hotel Equatorial pada waktu malam |
Hotel ni dekat dengan Dataran Pahlawan tau... Berjalan kaki dalam 5minit ja... Dekat sangatlah... Dan juga tempat-tempat menarik seperti A Famosa. Taming Sari, Masa p ni ada Ekspo Fun Fair. P la pusing-pusing sat tapi tak snap gambar pun :'(
Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka |
Sungai tepi tu kawasan Boat River Cruise pusing bawak penumpang..... |
Jenuh Berjalan sebab nak snap gambar dengan Meriam-Meriam ni |
First time p dulu naik beca. Kali ni curi snap gambar kat belakang beca je. Walhal abang beca dok meralit tak sedar pun kami posing. kiki (cantik hiasan beca) |
Gambar kat bawah ni plak pusing-pusing sekitar BANDAR HILIR
Teknik mendepakan Tangan dengan perasaan malu-malu kucing |
Niat masa turun dari Hotel lagi... Memang nak p tangkap dua tiga ketul gambar kat bangunan bersejarah ni... Hajat Tercapaii.. Panas ke sunburn ke tu tolak tepi. hehehe.. Terima kasih jurutangkap gambar.... Hmmm (muka puas hati)
Acah-acah macam duk birai perigi.. |
Motif menari Joget Kereta Lembu. So gambar ni wajib ada. |
snap lepas naik boat river cruise. Tambang RM10.60 seorang :) |
Jumaat, 29 Mei 2015
SWEETY MAY IN 2015 (TELUK BATIK, LUMUT PERAK)
Ouyehhh !! Salam sejahtera semua....
Haa.... ape lagi nak cerita... tajuk tu takde la mengena sangat dengan entri ni sebenarnya.. tapi cik maria ni bukanlah sehebat nama reti meng'create' tajuk blog.. argghhh tak kesah la. yang penting entrinya pun bukanlah bermakna sangat. hehehe..
Okeylah... actually maria just nak kongsi coretan perjalanan hidup maria untuk beberapa waktu yang dah berlalu dalam hidup ni.... And of course ada manis, ada pahit.. kadang-kadang kelat pun ada (kelat means pahit manis akhirnya)....ngeh ngeh ngeh...
Nak jadikan blog ni sebagai diari hidup... first at all...ape yang maria ingat bulan mei 2015 ni, maria ada attended kursus kewangan.. bersesuaian la dengan tugas maria kt JKN Perlis ni... oke sape yang pernah jumpa or bertentang mata boleh say hye.. kadang kalau selisih sampai hidu bau perfume pun still lagi xperasan. sebab maria ni rabun jauh... sob sob...
Berbalik pada topik kursus tadi.. Kursus tu diadakan di Marina Cove Resort, Teluk Batik Lumut Perak (Official Website Marina Cove Resort)..... muahaha..Sape yang pernah p Lumut dan menginap di resort ni mungkin boleh bagi review brapa star nak bagi... So far resort ni okeyla... facilities not bad la.... lepastuuu yang syok nye sebab view teluk sekeliling resort tau... Yang ni maria bagi 4 bintang :)
Haaa... lagi satu.. Makanan kat Marina Cove Resort ni sedap tau... Masakan Chef di situ boleh dipuji serta merta... Serious sedap sangat !! :) inilah antara penyebab kegemukan semakin terserlah dengan jayanya...
So if sape-sape yang bercadang atau dah plan untuk bercuti di sekitar Lumut, atau transit untuk ke Pangkor....Maria suggestkan Resort ni.. Especially yang nak save bajet tang penginapan la.... Marina Resort ni jugak berdekatan dengan pasar jeti ke Pangkor.... so kat pasar tu la Maria berkesampatan menghabiskan sisa-sisa gaji beli Sotong Kering... Kat sini famous sotong kering dan Ikan bilis Mata Biru tau....Ikan bilis tak beli pun sebab kat rumah sewa dapur tak berasap... heeee......
Okeylah...... cuma yang pahitnya sebelum attend kursus lagi maria tak berapa sihat... dan batuk semakin menjadi-jadi... sedikit sebanyak membantutkan aktiviti dan rasa tak selesa sangat.... doakan maria sihat walafiat ye....
Di bawah ni maria sertakan beberapa gambar yang sempat Maria snap sepanjang Kursus 23-25 Mei 2015...

Cik Maria |
Kak Yana same batch of Nov 2012 |
Sekitar Jeti Ke Pulau Pangkor :) |
Peserta Kursus Kewangan JKNPs 2015 |
Pandangan dari balkoni tingkat 6 (603) |
Marina Cove Resort, Lumut(from google image) |
Kak sha, Kak Yana, Soliha... (Window Shopping Done ) WASSALAM :) |
Langgan:
Catatan (Atom)