Khamis, 6 Ogos 2015

SWEET MEMORIES (MALACCA)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG SAYA :)


Tetiba rasa riang hati nak update blog yang dah mereput ni.Memandangkan hari-hari biasa tiada kejadian luar biasa maka jarang sangatlah Maria update blog..

So, hari ni nak tanam sikit sweet memories la jugak kann... For the second time Maria travel p Melaka... Perjalanan bermula pagi 2nd hingga 6th August 2015.. Seminggu hokey tak perlu punch card masuk kerja balik kerja..Oouhh Heavennyaahh. Seminggu jugak la aktif menternak lemak di Melaka.....Makanan Hotel five Star ..Jom Terjah Hotel Equatorial... gila tak sedap... pelizz...

Okey....Sebelum ni pun p Melaka atas urusan kerja. Seminggu di Melaka untuk Sukan Kementerian Kesihatan (wakil Team Bowling Perempuan Perlis Hokey. Kau Hado?)hehehe...Ceiihh perasan sikit...  Kali ni lain plak.. Dari sekeras tangan campak bola bowling kali ni Maria p untuk urusan tari menari plak.. Haa jenuh tangan dan jari jemari nak kena melentik hokey....Walaupun darah seni tu xberape jalan dalan saraf tubuh ni, tapi minat menari tu sangatlah mendalam sebenarnya.. So kali ni p Maria ditugaskan sebagai Ahli Jawatankuasa Sambutan dan juga AJK Persembahan yang bapak mak kau grand giteewww haa.. Secara rasminya The 28th Malaysia- Thailand Border Health Goodwill Committee Meeting (3rd - 6th August 2015 bertempat di Equatorial Hotel, Malacca, Malaysia)..

So banyaklah gambar-gambar yang sempat disnap... Kenangan tua nanti senang nak cerita kat anak cucu... 
                "Opah ko ni taik lalat kat ibu jari kaki haa... Memang kejo bejalan ajo..."

 Ecece sesi berdialog dengan anak cucu nanti mungkin akan dikeluarkan statement budak mentah tu. hihi...



Done Check In. Siap  ada nama kat tv (perasaan jakun)

Training tarian sebelum show.. Saje training kat pool senang nk usha mat salleh. kiki
              
Aktiviti 10ribu Langkah kawasan Hotel 


Dari satu sudut Hotel Equatorial pada waktu malam



Hotel ni dekat dengan Dataran Pahlawan tau... Berjalan kaki dalam 5minit ja... Dekat sangatlah... Dan juga tempat-tempat menarik seperti A Famosa. Taming Sari, Masa p ni ada Ekspo Fun Fair. P la pusing-pusing sat tapi tak snap gambar pun :'(
Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka 


Sungai tepi tu kawasan Boat River Cruise pusing bawak penumpang.....

Jenuh Berjalan sebab nak snap gambar dengan Meriam-Meriam ni
First time p dulu naik beca. Kali ni curi snap gambar kat belakang beca je. Walhal abang beca dok meralit tak sedar pun kami posing. kiki (cantik hiasan beca)

Gambar kat bawah ni plak pusing-pusing sekitar BANDAR HILIR 

Teknik mendepakan Tangan dengan perasaan malu-malu kucing


             


       

 Niat masa turun dari Hotel lagi... Memang nak p tangkap dua tiga ketul gambar kat bangunan bersejarah ni... Hajat Tercapaii.. Panas ke sunburn ke tu tolak tepi. hehehe.. Terima kasih jurutangkap gambar.... Hmmm (muka puas hati)  






Acah-acah macam duk birai perigi.. 







Motif menari Joget Kereta Lembu. So gambar ni wajib ada.


snap lepas naik boat river cruise. Tambang RM10.60 seorang :)

Maka, Sekian sahaja entri pertama di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ni.. memang penuh dengan 'sejarah ' nya.. Kenangan waktu muda... Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki untuk melancong di negeri-negeri lain plak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan